Kita tak ke mana. hakikat kita rugi. Kecuali kita mengambil satu langkah untuk menjadi seorang yang untung.

Sunday, December 27, 2009

Memaksa diri untuk berdosa.

"Aku malas lagi nak solat. Nanti-nanti la"
"Ala... pakai ja tudung tapi perangai buruk jugak"
" Aku tahu pegang tangan awek aku tue haram, tapi best laa..."
" Ala... jangan la kecoh-kecoh. Aku pakai seluar pendek depan kawan-kawan aku ja.
" Aku tak dapat hidayah lagi. Bila dah dapat hidayah nanti aku tinggal la semua dosa-dosa aku tue."

Kenyataan-kenyataan di atas sebagai contoh apa yang berada didalam benak pemikiran sesetengah manusia yang bergelar muslim yang menumpang rahmat Allah dimuka bumi ni. Tahu semua tu berdosa? (kalau ditanya)Jawabnya...Tahu.... tapi.....
(Tapi)ini lah yang membuatkan kita jadi celaka....Maaf agak kasar bunyinya. Tapi itu lah yang sesuai bagi yang engkar. Ada apa dengan tapi? Tapi ini lah bisikan syaitan agar manusia sentiasa bersama-samanya. Mengikut jalannya, menjadi temannya di neraka yang pelbagai nama dan level nanti. Kita letih mendengar mak ayah membebel, ustaz ustazah berceramah,benci kawan-kawan yang memberi nasihat, boikot orang agama. Sedangkan teguran, bebelan adalah untuk kebaikan. Saya ambil satu sampel lucu. Seorang ibu melarang anaknya"Jangan main air longkang tue. Nanti jadi kudis". Si anak pun melenting"mak ni orang nak enjoy sikit pun tak boleh". Bukankah larangan itu untuk kebaikan ?Peliknya pemikiran manusia. Segala yang baik yang tersedia ditolaknya mentah-mentah. lalu dipaksa hatinya untuk mengambil yang buruk.

Tak sampai lagi hidayah......Nanti sampai masa berubah la

Hidayah itu tidak boleh ditunggu. Bukankah si kafir ramai yang mati tanpa hidayah diperolehinya? Kan ada jugak muslim & muslimah yang mati dalam keadaan berdosa tanpa bersamanya hidayah? jadi kenapa menunggu hidayah? Hidayah itu petunjuk untuk mendapat kebaikan. Petunjuk bukan ditunggu tetapi perlu dicari. Satu kiasan mudah . Satu perjalanan dari kuala Lumpur ke butterworth memerlukan papan tanda (penunjuk arah) jalan menuju ke Butterworth. Papan tanda itu dicari atau kita tunggu di tepi jalan sehingga papan tanda muncul? Anda lebih bijak untuk memberi jawapan.

Bagi yang menggunakan alasan macam ini sebenarnya sukar nak dapat hidayah. melainkan itu kehendak Allah. Biasanya Allah akan bagi kepada yang mintak."berdoa". Tak mintak, tak dapat la. tapi ramai yang main-main dengan Allah. Ingat Allah itu penyayanng, tapi azabnya juga sangat pedih.

Rasa Hipokrit kalau buat ibadah @ buat baik@ tinggal maksiat dengan terpaksa/ disuruh.

Perilaku dalam Islam ni dinilai dan diambil kira pada dua sudut.1, pada fizikal atau zahir. Ini yang banyak diguna pakai dalam perbahasan fiqh.Contoh nya solat 5 waktu, zakat, puasa di bulan ramadhan dan sebagainya. 2, sudut batiniyyah atau melibatkan hati dan tujuan perlaksanaan ibadah.Misalnya kerana siapa ibadah itu dilaksanakan. Bagi muslim yang buat ibadah kerana disuruhtetapi tak ikhlas. Penilaian zahir dah lepas tapi batin belum selesai. Nak lengkapkan tuntutan batiniyyah dalm ibadah ni, perlukan latihan. Perlu melazimkan diri dengan ibadah tersebut. Disamping tu, ilmu perlu dimantapkan. Barulah dapat diketahui nilai sesuatu ibadah. Akan timbul keseronokkan dalam mentaati perintah Allah. Takut dengan azab Allah.
Bukan bermaksud, bila takut jadi hipokrit dalam melaksanakan ibadah atau kebaikan , ditinggalkan amal kebaikan tersebut. Sama la jugak bila nak tinggal maksiat. Kalau timbul soal-soal hipokrit ni, tu semua dari Iblis dan rakan-rakanNya (termasuk juga manusia yang menghasut nak buat maksiat-maksiat nie)

Orang lain buat tak pa. Takkan kita tak boleh ?

Ini alasan yang kerap kali ditemui bila makhluk yang bernama manusia ni nak buat jugak maksiat@ nak tinggal jugak ibadah. Mari kita sama-sama perah otak sikit. Orang masuk neraka kan lagi ramai dari masuk syurga? nak join golongan majoriti ke nak join minoriti? Dalam syariat tiada yang lebih kukuh dari hukum Allah, ketetapan Allah. Walau sebanyak mana pun engkarnya makhluk dengan perintah Allah, sehalus habuk pun tak akan berkurang kuasa Allah. Allah tak kisah pun kalau orang tak mahu taat pada dia. Nikmat syurga tu Allah boleh bagi pada orang lain .Islam bukan demokrasi.Ramai bukan bermaksud benar, Sikit bukan bermaksud salah.

Satu contoh. pemuda A mendakwa ramai dari kawan-kawannya mempunyai awek dan selalu keluar dating, berkasih-kasihan dan sebagainya. Jadi dia mempertikaikan, takkan dia tak boleh nak menikmati keseronokkan seperti rakan-rakannya. Mafhum mukhalfahnya, pemuda A mendakwa ramai dari kawan-kawannya melakukan maksiat dan berlumba-lumba untuk masuk neraka, Jadi dia mempertikaikan, takkan dia tak boleh nak masuk neraka seperti rakan-rakannya.

Jadi cemburulah kepada perkara yang baik dan berlumbalah kepada ketaatan. Bukan kemurkaan. Lebih baik hipokrit menuruti ibadah dari angkuh dengan melaksanakan maksiat. Kerana hipokrit dalam ibadah satu dosanya iaitu tidak ikhlas pada Allah, sebaliknya angkuh dalam ibadah dosanya pada melaksanakan maksiat. dan angkuhnya kepada Allah.

sekian Wassalam...





Thursday, December 10, 2009

Cukupkah kita sebagai muslim.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan memohon izin dari Maha pencipta, saya memulakan bicara....
Dari peristiwa perlantikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai khatamul nabiyyin, bersama-sama rasminya Islam sebagai addin yang hanya diterima Allah hingga mencecah 1400 tahun lebih ini, Islam telah berkembang ke pelusuk dunia bukan hanya di bumi arab bahkan di mana jua.

Kita sering mendengar cerita dari ustaz, guru, dan pensyarah kita tentang gemilangnya tamadun Islam. Kita berbangga dengan pencapaian cemerlang yang dibawa oleh para pemimpin, pejuang, dan cendekiawan Islam suatu ketika dulu. Kita bangga dengan ibnu Sina kerana pencapaian beliau dengan ilmu pembedahannya, kita berbangga dengan al-Khawarizmi dengan teori-teori falak dan matematiknya. Bahkan ramai lagi cendekiawan Islam yang lain. Maka kita jadikan mereka sebagai model yang patut dicontohi. tapi benarkah kita benar-benar mencontohi mereka?

Harapnya tidak menjadi kesalahan jika saya katakan kejayaan mereka yang dilihat dan dibanggakan hanya pada yang bersifat ilmiah fizikal. sering kali ditanam pada anak-anak kehebatan mereka pada bidang-bidang berunsur akliah. Adakah cendekiawan Islam hanya wajar dilihat dari sudut pencapaian fizikal? Dalam penulisan-penulisan berkaitan Tamadun Islam banyak menceritakan tentang kehebatan bukan hanya pada sudut fizikal dan sains tabi'i semata-mata, bahkan juga pada bidang Rohaniyyah. Kenapa tidak ditekankan bersama tentang kehebatan mereka pada hubungan mereka dengan Allah.?
Suatu judgement yang mungkin tidak digemari tapi ianya suatu kebenaran. Kerana kita yang menyampaikan cerita pada anak-anak generasi penerus tamadun juga lebih bersifat material. Menilai pada yang material. maka tiadalah bezanya mengambil idola bukan dari golongan muslim dengan yang bukan muslim. Samada Albert Einstein, Edward De Bono dan bahkan mana jua yang bukan muslim.

Saya teringat ketika saya di sekolah rendah. Ada seorang ibu kepada kawan saya berpesan kepada anaknya. " Belajar pandai-pandai kemudian masuk Universiti jadi engineer ka, doktor ka, pensyarah ka. kalau ngaji x pandai nanti kena jadi ustaz" Terfikir saya sendirian, lekeh ka kerja jadi ustaz ni? tak pandai ka?

Tak hairanlah kalau ramai orang Islam kita hari ini yang jadi doktor tapi tak pernah kenal tikar sajadah. Jadi profesor tapi tak pernah baca al-Quran. jadi engineer, tapi botol arak sentiasa ada ditangan. Kerana rohaniyyah dipandang sebagai suatu selingan kepada kejayaan ilmuan lampau.

Suatu contoh lagi, kita sanggup menghantar anak-anak untuk tuisyen UPSR, PMR, SPM dengan kos-kos setiap tuisyen bernilai RM 300 - Rm 400 bagi setiap subjek supaya mereka cemerlang. Sering risau jika gagal dalam peperiksaan. Tetapi, untuk kem bestari solat, buku rujukan agama, program-program bersifat keagamaan, ramai ibu bapa yang mengeluh. Mahal, Mengada-ngada, guru makan duit student, guru tak ikhlas dan lain-lain. lagi. Maka lahirlah generasi yang tidak sukakan agama. atau meletakkan keimanan sebagai keutamaan.

Islam sebagai ad-Din dan ia kekal sebagai ad-din. Tapi umat Islam hanya tinggal pada nama. namanya cantik tatapi tidak pernah tahu tentang solat. Pelik dengan amalan-amalan ibadah dalam Islam, mempertiakaikan Ulama' dengan rasional akal. Salah siapa?
lalu lahirlah cendekiawan-cendiakawan muslim tatapi tidak berfikiran Islam. setelah dianggap sebagai cendekiawan, maka mula berjinak-jinak untuk mepertikaikan ajaran-ajaran Islam. Dengan kehebatan yang dimiliki, sutu tafsiran baru mula di keluarkan baru tentang Islam.

marilah kita fikirkan sejenak.... Adakah kita tergolong daripada muslim yang tidak mahu anaknya menjadi Muslim yang betul atau sebaliknya.
Sekian... Wassalam.