Kita tak ke mana. hakikat kita rugi. Kecuali kita mengambil satu langkah untuk menjadi seorang yang untung.

Thursday, December 10, 2009

Cukupkah kita sebagai muslim.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan memohon izin dari Maha pencipta, saya memulakan bicara....
Dari peristiwa perlantikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai khatamul nabiyyin, bersama-sama rasminya Islam sebagai addin yang hanya diterima Allah hingga mencecah 1400 tahun lebih ini, Islam telah berkembang ke pelusuk dunia bukan hanya di bumi arab bahkan di mana jua.

Kita sering mendengar cerita dari ustaz, guru, dan pensyarah kita tentang gemilangnya tamadun Islam. Kita berbangga dengan pencapaian cemerlang yang dibawa oleh para pemimpin, pejuang, dan cendekiawan Islam suatu ketika dulu. Kita bangga dengan ibnu Sina kerana pencapaian beliau dengan ilmu pembedahannya, kita berbangga dengan al-Khawarizmi dengan teori-teori falak dan matematiknya. Bahkan ramai lagi cendekiawan Islam yang lain. Maka kita jadikan mereka sebagai model yang patut dicontohi. tapi benarkah kita benar-benar mencontohi mereka?

Harapnya tidak menjadi kesalahan jika saya katakan kejayaan mereka yang dilihat dan dibanggakan hanya pada yang bersifat ilmiah fizikal. sering kali ditanam pada anak-anak kehebatan mereka pada bidang-bidang berunsur akliah. Adakah cendekiawan Islam hanya wajar dilihat dari sudut pencapaian fizikal? Dalam penulisan-penulisan berkaitan Tamadun Islam banyak menceritakan tentang kehebatan bukan hanya pada sudut fizikal dan sains tabi'i semata-mata, bahkan juga pada bidang Rohaniyyah. Kenapa tidak ditekankan bersama tentang kehebatan mereka pada hubungan mereka dengan Allah.?
Suatu judgement yang mungkin tidak digemari tapi ianya suatu kebenaran. Kerana kita yang menyampaikan cerita pada anak-anak generasi penerus tamadun juga lebih bersifat material. Menilai pada yang material. maka tiadalah bezanya mengambil idola bukan dari golongan muslim dengan yang bukan muslim. Samada Albert Einstein, Edward De Bono dan bahkan mana jua yang bukan muslim.

Saya teringat ketika saya di sekolah rendah. Ada seorang ibu kepada kawan saya berpesan kepada anaknya. " Belajar pandai-pandai kemudian masuk Universiti jadi engineer ka, doktor ka, pensyarah ka. kalau ngaji x pandai nanti kena jadi ustaz" Terfikir saya sendirian, lekeh ka kerja jadi ustaz ni? tak pandai ka?

Tak hairanlah kalau ramai orang Islam kita hari ini yang jadi doktor tapi tak pernah kenal tikar sajadah. Jadi profesor tapi tak pernah baca al-Quran. jadi engineer, tapi botol arak sentiasa ada ditangan. Kerana rohaniyyah dipandang sebagai suatu selingan kepada kejayaan ilmuan lampau.

Suatu contoh lagi, kita sanggup menghantar anak-anak untuk tuisyen UPSR, PMR, SPM dengan kos-kos setiap tuisyen bernilai RM 300 - Rm 400 bagi setiap subjek supaya mereka cemerlang. Sering risau jika gagal dalam peperiksaan. Tetapi, untuk kem bestari solat, buku rujukan agama, program-program bersifat keagamaan, ramai ibu bapa yang mengeluh. Mahal, Mengada-ngada, guru makan duit student, guru tak ikhlas dan lain-lain. lagi. Maka lahirlah generasi yang tidak sukakan agama. atau meletakkan keimanan sebagai keutamaan.

Islam sebagai ad-Din dan ia kekal sebagai ad-din. Tapi umat Islam hanya tinggal pada nama. namanya cantik tatapi tidak pernah tahu tentang solat. Pelik dengan amalan-amalan ibadah dalam Islam, mempertiakaikan Ulama' dengan rasional akal. Salah siapa?
lalu lahirlah cendekiawan-cendiakawan muslim tatapi tidak berfikiran Islam. setelah dianggap sebagai cendekiawan, maka mula berjinak-jinak untuk mepertikaikan ajaran-ajaran Islam. Dengan kehebatan yang dimiliki, sutu tafsiran baru mula di keluarkan baru tentang Islam.

marilah kita fikirkan sejenak.... Adakah kita tergolong daripada muslim yang tidak mahu anaknya menjadi Muslim yang betul atau sebaliknya.
Sekian... Wassalam.

No comments:

Post a Comment